Untung bersih suku kedua Digi RM392.48 juta - Utusan Malaysia

Untung bersih suku kedua Digi RM392.48 juta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 12 Julai – Keuntungan bersih Digi.com Berhad (Digi) bagi suku kedua berakhir 30 Jun 2019 meningkat kepada RM392.48 juta daripada RM384.34 juta yang dicatatkan pada suku sama tahun lepas.

Ketua Pegawai Eksekutif, Albern Murty berkata, perolehan bagaimanapun susut kepada RM1.55 bilion daripada RM1.62 bilion bagi tempoh yang sama.

Katanya, keuntungan bersih lebih baik itu menunjukkan keupayaan syarikat memacu perniagaan mampan dengan margin positif dan kekal berdaya tahan dalam situasi pasaran mencabar.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Kami menyasarkan untuk memperkukuh keupayaan pandangan pelanggan dan usaha pendigitalan untuk mempertingkat pengalaman pelanggan yang berbeza, menghubungkan lebih ramai rakyat Malaysia kepada perkhidmatan yang penting bagi mereka.

“Kami mula melaksanakan strategi ini dan kekal berdaya tahan di tengah-tengah keadaan pasaran yang mencabar,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini. – BERNAMA

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini