RON97 naik 4 sen, RON95, diesel kekal - Utusan Malaysia

RON97 naik 4 sen, RON95, diesel kekal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 12 Julai – Harga runcit petrol RON97 naik sebanyak 4 sen daripada RM2.53 kepada RM2.57 seliter bermula esok sehingga 19 Julai ini.

Kementerian Kewangan dalam kenyataan memberitahu, harga runcit produk petroleum lain iaitu RON95 dan diesel pula masing-masing kekal pada paras RM2.08 dan RM2.18 seliter bagi tempoh sama.

“Berdasarkan pengiraan di bawah formula mekanisme harga automatik (APM), harga runcit produk petrol RON95 dan diesel bagi tempoh sama masing-masing sepatutnya sebanyak RM2.27 dan RM2.29 seliter.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Namun begitu, harga runcit bagi kedua-dua produk dikekalkan pada paras RM2.08 dan RM2.18 seliter selaras dengan keputusan kerajaan untuk menstabilkan harga runcit bagi produk petroleum dan mengurangkan kos sara hidup rakyat,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Dalam pada itu, Kementerian Kewangan memberitahu anggaran subsidi yang perlu ditanggung kerajaan bagi tempoh 13 sehingga 19 Julai ini adalah berjumlah RM114.06 juta.

“Jumlah tersebut melibatkan RM92.29 juta subsidi bagi RON95 dan RM21.77 juta bagi produk diesel,” ujar kenyataan itu. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini