DBKL laksana kerja pembersihan pokok tumbang - Utusan Malaysia

DBKL laksana kerja pembersihan pokok tumbang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) melaksanakan kerja-kerja pembersihan dan pengalihan beberapa batang pokok tumbang di kawasan tempat letak kereta Pasar Borong Kuala Lumpur, di sini semalam.

DBKL dalam kenyataan di sini hari ini berkata, sebanyak enam batang pokok jenis kaya telah tumbang ekoran kejadian hujan lebat dan angin kencang pada petang Rabu lalu sehingga merosakkan sebuah lori dan pagar di lokasi tersebut.

“Pokok besar yang tumbang ini berada di luar dan dalam kawasan parkir Pasar Borong Kuala Lumpur.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Kerja-kerja pemotongan pokok tumbang dan pembersihan sisa pokok telah selesai pada lewat petang semalam,” katanya.-UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini