KUALA LUMPUR – Lebuhraya Kajang-Seremban (Lekas) akan ditutup sementara bagi memberi laluan acara berbasikal RHB Lekas Highway Ride 2019 pada 27 dan 28 Julai ini.
Lekas memaklumkan, penutupan sementara itu akan bermula dari pukul 5 petang pada 27 Julai hingga pukul 4 pagi 28 Julai.
Memuatkan artikel berkaitan…
“Oleh itu, pengguna dinasihatkan untuk merancang perjalanan terlebih dahulu sebelum memulakan pemanduan,” katanya dalam satu kenyataan.
Ujarnya, orang ramai boleh menghubungi talian info di 1 800 888 021 untuk sebarang pertanyaan. – UTUSAN ONLINE











