KUALA LUMPUR – Kerja-kerja pembersihan sisa-sisa barangan dan serpihan 30 gerai bazar di Jalan Masjid India yang terjejas dalam kebakaran awal pagi, 21 Mei lalu telah dilaksanakan dengan kerjasama beberapa agensi, semalam selepas siasatan mengenai kes itu selesai.
Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dalam satu kenyataan memaklumkan, antara pihak yang terlibat termasuk Bahagian ‘Flying Squad’ dan Unit Kawal Selia Bahagian Alam Sekitar Jabatan Alam Sekitar (JKAS) DBKL.
“Operasi berkenaan turut mendapat bantuan Alam Flora Sdn. Bhd. (Alam Flora) dan Jabatan Bomba dan Penyelamat serta Polis DiRaja Malaysia,” katanya dalam satu kenyataan di sini. – UTUSAN ONLINE
Memuatkan artikel berkaitan…











