Pindah akaun CASA ke CASA-i secara percuma - Utusan Malaysia

Pindah akaun CASA ke CASA-i secara percuma

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 12 Julai – Maybank Islamic Berhad memperkenalkan inisiatif pemindahan Akaun Semasa atau Simpanan Konvensional (CASA) sedia ada kepada Akaun Semasa/Simpanan Islamik (CASA-i) patuh Shariah dengan mudah, lancar dan percuma kepada para pelanggan.

Ketua Pegawai Eksekutif Maybank Islamic, Datuk Mohamed Rafique Merican Mohd. Wahiduddin Merican berkata, inisiatif berkenaan disasarkan kepada para pelanggan yang mahu beralih kepada akaun patuh syariah tetapi keberatan kerana pemindahan tersebut melibatkan pertukaran nombor akaun.

Menurut beliau, kemas kini akaun semasa atau simpanan merupakan servis yang menawarkan kemudahan kepada para

Memuatkan artikel berkaitan…

pelanggan membuat pertukaran daripada akaun konvensional kepada akaun patuh syariah, tetapi pada masa sama mengekalkan nombor akaun sedia ada.

“Penandaan operasi (arahan tetap) yang tersedia turut dikekalkan serta boleh dilakukan dengan mudah, lancar dan percuma. Pemindahan akaun boleh dibuat menerusi perbankan dalam talian Maybank, M2U.

“Pemindahan akaun melalui M2U boleh dibuat dengan klik pada tiga titik yang berada di atas butiran paparan akaun semasa atau simpanan mereka dan pilih untuk beralih ke akaun patuh syariah. Bagi mereka yang tidak mempunyai akses M2U boleh mengunjungi cawangan Maybank berdekatan untuk mendapatkan bantuan,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini