[VIDEO] 21 nelayan Vietnam ditahan - Utusan Malaysia

[VIDEO] 21 nelayan Vietnam ditahan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PASIR PUTEH 12 Julai – Seramai 21 nelayan asing Vietnam bersama dua bot ditahan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) di sekitar lokasi 170 kilometer (km) dari Kuala Tok Bali, dekat sini, semalam.

Timbalan Pengarah Maritim Malaysia negeri, Komander Maritim Ismail Hamzah berkata, Kapal Maritim (KM) Pekan diketuai Pegawai Memerintah, Kapten Maritim Che Engku Suhaimi Che Engku Daik yang menjalankan Op Makmur, Op Iman dan Op Damai mengambil masa empat jam untuk menahan bot kedua.

Beliau berkata, ini berikutan tindakan agresif nelayan terbabit yang enggan menyerahkan diri untuk pemeriksaan awal.

Memuatkan artikel berkaitan…

Video oleh Torek Sulong

Menurutnya, bot pertama bersama tiga orang nelayan ditahan pada pukul 1.12 petang di lokasi 170 km dari Toka Bali

“Bot kedua bersama 18 awak-awak serta hasil tangkapan berjaya ditahan pada pukul 2.40 petang kira sembilan kilometer dari lokasi pertama.

“Bot kedua beberapa kali melanggar bahagian sisi KM Pekan selain bertindak menjatuhkan tali dan pukat le dalam laut bagi menyekat pergerakan kapal Maritim Malaysia.

“Bot berkenaan juga melakukan pergerakan berbahaya sehingga akhirnya tersangkut di bahagian sisi KM Pekan dan anggota penguatkuasa berjaya melakukan pemeriksaan,” katanya dalam sidang akhbar di Pangkalan Maritim Malaysia Kelantan, di Tok Bali, dekat sini, hari ini.

Ismail berkata, nilai rampasan dianggarkan berjumlah RM1.5 juta termasuk dua bot dan peralatan menangkap ikan, hasil tangkapan ikan sebanyak 1.05 tan dan sotong kering sebanyak 60 kilogram.

KOMANDER MARITIM ISMAIL HAZMAH (depan) meneliti nelayan asing Vietnam yang tahan di Jeti Operasi Maritim Malaysia Kelantan, di Tok Bali, Pasir Puteh, Kelantan, hari ini.

Menurutnya, pemeriksaan lanjut juga mendapati nelayan asing bot kedua disyaki membuang alat navigasi GPS ke laut untuk menghilangkan bukti kedudukan mereka dalam perairan negara.

“Pemeriksaan lanjut terhadap awak-awak nelayan asing itu mendapati hanya empat daripada mereka memiliki dokumen pengenalan diri,” katanya.

DUA bot nelayan asing ditahan di Jeti  Operasi Maritim Malaysia Kelantan, di Tok Bali, Pasir Puteh, Kelantan, hari ini.

Katanya, kedua-dua bot dan awak-awak nelayan asing itu dibawa masuk ke Jeti Maritim Malaysia Kelantan untuk siastan lanjut di bawah Akta Perikanan 1985. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini