Polis kawal pejabat Suruhanjaya Tinggi Nigeria - Utusan Malaysia

Polis kawal pejabat Suruhanjaya Tinggi Nigeria

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 12 Julai – Polis Kuala Lumpur akan sentiasa mengadakan pemantauan di Suruhanjaya Tinggi Nigeria di Ampang Hilir di sini susulan kejadian tunjuk perasaan 20 warga itu berhubung kematian seorang lelaki yang maut di Depot Tahanan Imigresen Bukit Jalil pada Selasa lalu.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Seri Mazlam Lazim berkata, dalam protes yang berlaku kira-kira pukul 11.50 pagi semalam, kesemua individu terbabit dikatakan telah terlibat dalam protes yang diadakan oleh Nigerians In Diaspora Organization Malaysia (NIDO-MY) kerana tidak berpuas hati dengan kematian rakan senegara mereka, Thomas Orhions Ewansiha.

Ujarnya, kumpulan terbabit juga mendakwa pihak Suruhanjaya Tinggi Nigeria tidak bertanggungjawab dalam kebajikan rakan senegara mereka itu.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Pihak kita telah ke tempat kejadian sebaik sahaja menerima laporan yang dibuat oleh kakitangan Suruhanjaya Tinggi Nigeria mengenai kekecohan yang berlaku.

“Peserta protes tersebut tidak dibenarkan masuk ke dalam pejabat Suruhanjaya Tinggi Nigeria menyebabkan berlaku kekecohan di luar pagar pejabat itu. Walau bagaimanapun, mereka kemudiannya beredar setelah diarahkan oleh pihak polis,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Mazlan memberitahu, tiada individu yang mengalami kecederaan dan tidak berlaku sebarang kerosakan harta benda.

“Sehubungan itu, siasatan dijalankan di bawah Seksyen 9(5) Akta Perhimpunan Aman (APA) 2012. Pihak kita juga akan meningkatkan lagi keselamatan dengan mengadakan rondaan yang lebih kerap selain meminta warganegara Nigeria dinasihati agar menghormati undang-undang di negara ini.

“Mereka diminta tidak mengambil tindakan sendiri serta mengelakkan dari menimbulkan sebarang kekecohan kerana pihak kita tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan mengikut peruntukan undang-undang yang sedia ada bagi mengekalkan keamanan dan kesejahteraan di Kuala Lumpur,” jelasnya.

Tambah Mazlan, orang ramai yang mempunyai sebarang pertanyaan atau pun maklumat boleh menghubungi Hotline Polis Kuala Lumpur di talian 03-2115 9999 atau mana-mana balai Polis berhampiran. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini