Penjaja perlu belajar akaun - Utusan Malaysia

Penjaja perlu belajar akaun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,
PENIAGA
industri kecil dan sederhana (IKS) perlu belajar akaun atau sekurang-kurangnya memahami lima elemen dalam bidang itu iaitu pendapatan, perbelanjaan, harta, tanggungan dan modal.

Kenapa memahami lima elemen ini sangat penting? Sebabnya, daripada lima elemen inilah seorang pemilik perniagaan boleh mengetahui pencapaian dan kedudukan kewangan perniagaannya.

Untuk mengetahui pencapaian sesebuah perniagaan, pemilik perlu membandingkan jumlah pendapatan dengan jumlah perbelanjaan. Jumlah pendapatan yang melebihi perbelanjaan dikenali sebagai keuntungan, manakala jumlah perbelanjaan melebihi pendapatan adalah kerugian.

Memuatkan artikel berkaitan…

Kedudukan kewangan pula diketahui dengan membandingkan jumlah harta dengan jumlah tanggungan. Sekiranya jumlah harta melebihi tanggungan, kedudukan ini dipanggil nilai harta bersih. Nilai harta bersih pula bersamaan dengan nilai modal pemilik.

Dalam banyak keadaan, sesebuah perniagaan mempunyai nilai harta bersih yang positif, namun boleh juga berlaku nilai harta bersih di bawah sifar (negatif). Keadaan ini dikenali sebagai nilai tanggungan bersih.

Akhirnya, pemilik perniagaan IKS perlu belajar akaun supaya faham pencapaian dan kedudukan kewangan perniagaannya.

MOHD. HALIM KADRI

Universiti Teknologi Mara (UiTM) Johor

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini