LONDON – Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) menggandakan hukuman penggantungan perlawanan kepada 10 aksi bagi kesalahan perkauman serta memanggil mangsa untuk membuat kenyataan di jawatankuasa tatatertib pendengaran badan induk dunia itu.
Menggunakan pendekatan lebih tegas terhadap kesalahan perkauman dan diskriminasi menjadi kod disiplin FIFA utama yang dikemaskini selepas ia melibatkan hak individu, kata badan induk dunia tersebut.
“FIFA tidak akan membiarkan mangsa kepada perkauman kecewa. Bagi kesalahan pertama, bermain dengan jumlah penonton yang dihadkan serta denda sekurang-kurangnya 20,000 swiss franc (RM83 000) akan dikenakan kepada persatuan atau kelab yang terlibat,” kata FIFA.
Sebelum ini, FIFA dan Kesatuan Bola Sepak Eropah (EUFA) banyak menutup kes melibatkan perkauman kerana kekurangan bukti terhadap pemain yang terlibat. – AGENSI











