Adrian teruja sarung jersi Malaysia - Utusan Malaysia

Adrian teruja sarung jersi Malaysia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Setelah disenaraikan buat kali pertama dalam skuad negara untuk aksi di pentas antarabangsa, Adrian Andy Albert tekad menampilkan aksi terbaik pada siri Jelajah Eropah bermula 21 Julai ini.

Sambil mengakui agak gugup dan terkejut ketika dipanggil menyarung jersi kebangsaan, penjaga gol muda Universiti Kuala Lumpur (UniKL) itu, tidak mahu perasaan tersebut memberi kesan terhadap fokus dan prestasinya dalam siri jelajah berkenaan.

Penjaga gol kelahiran Sabah berusia 22 tahun itu berkata beliau akan memanfaatkan sepenuhnya peluang diberikan ketua jurulatih negara Roelant Oltmans, sambil berharap dapat mempelajari sesuatu yang baharu daripada penjaga gol berpengalaman, S. Kumar dalam siri jelajah itu.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Saya sangat terkejut sebab ada dua lagi penjaga gol yang teratas (lebih baik), dan saya menjadi pilihan ketua jurulatih. Namun, masih banyak yang perlu dipelajari terutamanya daripada Kumar,” katanya kepada pemberita sebelum menjalani latihan di Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil, di sini, semalam.

Muhammad Hafizuddin Othman dan Zaimi Mat Deris adalah antara penjaga gol yang menjadi saingan hebat sebelum Adrian terpilih mengikuti siri jelajah tersebut.

Ketika pengumuman senarai pemain semalam, Adrian dipanggil menyertai skuad kebangsaan bagi menggantikan penjaga gol simpanan, Hairi Abdul Rahman yang mengalami kecederaan lutut. – BERNAMA

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini