Balotelli cari pasal - Utusan Malaysia

Balotelli cari pasal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON – Mario Balotelli mencari masalah dengan pihak berkuasa Itali selepas dia dituduh membayar seorang pemilik bar 2,000 euro (RM9,000) untuk menunggang skuternya masuk ke dalam laut.

Bekas penyerang Manchester City dan Liverpool itu terkenal dengan sikapnya yang suka mencetuskan kekecohan mungkin kali ini sudah melampaui batas.

Video klip pendek menunjukkan Balotelli sedang membuat taruhan dengan seorang lelaki yang difahamkan pemilik bar ketika sedang bercuti di Mergellina berhampiran kampung halamannya, Naples.

Memuatkan artikel berkaitan…

Lelaki tersebut naik skuter miliknya dengan memakai seluar dalam sahaja sebelum memandu dan kemudiannya masuk ke dalam sungai.

Selepas naik dari laut tersebut, lelaki itu mengeringkan dirinya dan mengambil duit daripada bekas penyerang Marseille, Balotelli.

Difahamkan, Balotelli membuat taruhan 2,000 euro (RM9,000) kepada lelaki tersebut supaya menerimanya.

“Skuter saya hanya bernilai 540 pound (RM2,700) sahaja,” kata lelaki tersebut. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini