KUALA LUMPUR – Orang ramai khususnya penduduk sekitar dipelawa untuk memeriahkan pelbagai aktiviti bersempena program Hari Tanpa Kenderaan Petaling Jaya Siri 2 yang akan bermula seawal pukul 6 pagi di Taman Tasik Bandaran, Kelana Jaya, Ahad ini.
Antara aktiviti menarik termasuk acara larian, permainan tradisional, berbasikal, dikir barat, kereta mainan dan ‘Soopa Doopa’ sesuai bagi seisi keluarga.
Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) memaklumkan, Datuk Bandar Petaling Jaya, Datuk Mohd. Sayuthi Bakar akan membuat pelepasan ‘PJ Smart Ride’ pada pukul 7.20 pagi.
Berita berkaitan:
“Peserta yang menyertai aktiviti ini akan diberi medal penyertaan pada pukul 11 pagi manakala penyampaian hadiah ‘Family Fun Run’ akan dibuat pada pukul 11.30 pagi.
“Peserta dinasihatkan untuk tidak terus pulang ke rumah bagi merebut peluang hadiah cabutan bertuah yang disediakan,” katanya dalam satu kenyataan.
Tambahnya, pengunjung juga akan dihiburkan dengan persembahan kebudayaan MBPJ sebelum berakhirnya semua acara berkenaan. – UTUSAN ONLINE











