LONDON – Kesatuan Bola Sepak Eropah (UEFA) mengesahkan hadiah lumayan berjumlah keseluruhan 2.3 bilion pound (RM11.86 juta) menanti kesemua juara yang memenangi kejohanan dianjurkan oleh badan induk tersebut.
Seperti musim lalu, Liga Juara-Juara, Liga Europa dan Piala Super dianggarkan menghasil pendapatan hampir 3 bilion pound (RM15 bilion) bagaimanapun kos UEFA dan ‘bayaran perpaduah’ bagi kelab yang gagal menempatkan dir di peringkat kumpulan berjumlah 600 juta pound (RM3 juta).
Oleh itu, kelab yang bertanding dalan Liga Juara-Juara dan bulan depan, Piala Super akan berkongsi lebih daripada 1.8 bilion (RM9 bilion) dan selebihnya untuk Liga Europa.
Liverpool dan Chelsea akan memperoleh 3 juta pound (RM15 juta) selepas mara ke Piala Super di Istanbul pada 14 Ogos ini dengan juara akan membawa pulang tambahan 900,000 (RM4.6 juta). – AGENSI











