KOTA KINABALU – Sebanyak 22 pendatang asing tanpa izin (PATI) ditahan dalam operasi yang dijalankan selama enam jam semalam.
Dalam operasi bermual 3 petang itu, kesemua mereka yang ditahan merupakan 76 individu yang diperiksa dalam operasi itu.
Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner, Habibi Majinji berkata, operasi itu telah dijalankan di lima lokasi termasuk di kawasan bandar raya Kota Kinabalu, Manggatal, Likas dan Luyang.
“Semua yang ditahan berumur antara 13 hingga 67 tahun dan akan disiasat di bawah Akta Imigresen 1959/63 dan Akta Dadah Berbahaya 1952 bagi PATI yang didapati positif dadah,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Tambah Habibi, operasi itu turut dibantu Pasukan Gerakan Am, Jabatan Pendaftaran Negara, Dewan Bandaraya Kota Kinabalu, Sabah Electricity Sdn Bhd, Rela dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia.
“Operasi seumpama ini akan dijalankan secara berterusan dan orang ramai dialu-alukan menyalurkan maklumat kepada polis,” jelasnya. – BERNAMA











