ISLAMABAD 12 Julai – Angka korban nahas dua kereta api bertembung di tengah Pakistan meningkat kepada 23 orang hari ini.
Kejadian itu berlaku semalam di daerah Rahim Yar Khan di wilayah Punjab apabila kereta api pernumpang melanggar kereta api kargo.
Insiden itu menyaksikan gerabak kereta api tergelincir dari landasan dan banyak serpihan kereta api bertaburan. – AFP
Memuatkan artikel berkaitan…











