NEW YORK 12 Julai – Dunia mengambil masa selama ribuan tahun untuk mencatatkan populasi global berjumlah lima bilion pada 1987 dan 32 tahun kemudian, angka itu sudah berkembang kepada hampir lapan bilion penduduk.
CNN melaporkan, peningkatan mendadak itu melahirkan kebimbangan kepada para pemimpin di Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang mewujudkan Hari Populasi Dunia pada 1989 bagi meningkatkan kesedaran yang berpunca akibat jumlah populasi berlebihan.
Hari tersebut disambut pada 11 Julai setiap tahun.
Memuatkan artikel berkaitan…
Populasi penduduk bumi ketika ini direkodkan sebanyak 7.7 bilion dan menjelang 2050, jumlah itu dijangka bertambah dua bilion lagi. – AGENSI











