Lebih 100 maut pertempuran di barat laut Syria - Utusan Malaysia

Lebih 100 maut pertempuran di barat laut Syria

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BEIRUT 12 Julai – Lebih 100 orang terbunuh dalam pertempuran antara tentera Syria dan pemberontak di barat laut Syria, ketika keganasan terus meningkat dalam usaha kerajaan menggempur kubu kumpulan penentang di Idlib, sejak April lalu.

Ketua badan pemantau hak asasi manusia Syria, Rami Abdel Rahman berkata, lapan orang awam termasuk enam kanak-kanak turut maut dalam serangan udara tentera Syria di pekan Jisr al-Shughur.

Pertempuran sejak Rabu lalu menyaksikan sekurang-kurangnya 57 orang askar kerajaan maut manakala 44 pemberontak terbunuh.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Pertempuran masih berlaku ketika jet pejuang kerajaan dan artileri terus menggempur kawasan itu yang dikuasai kumpulan Hayat Tahrir al-Sham,” katanya.

Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Antonio Guterres turut mengecam serangan tentera kerajaan dan menggesa orang awam dan kemudahan termasuk kemudahan perubatan supaya dilindungi.

“Beberapa kemudahan kesihatan dilapor diserang semalam termasuk sebuah hospital di Maarat al Numan, sebuah hospital terbesar di kawasan itu,” kata kenyataan PBB, semalam. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini