KUALA LUMPUR 11 Julai – Malakoff Gulf Limited (MGL), anak syarikat milik penuh tidak langsung Malakoff Corporation Bhd. memeterai Perjanjian Jualan Saham (SSA) dengan Khazanah Nasional Bhd. susulan cadangan pengambilalihan keseluruhan kepentingan ekuiti dalam Desaru Investments (Cayman Isl.) Limited (DIL).
Ketua Pegawai Eksekutif Malakoff, Datuk Ahmad Fuaad Kenali berkata, ia melibatkan pertimbangan tunai sebanyak AS$70 juta (RM288.08 juta) mengambil kira terma dan syarat SSA.
“Ini akan memberikan pendapatan pertambahan segera kepada syarikat serta peningkatan dalam aliran tunai daripada tempoh kontrak baki kira-kira sepuluh tahun di bawah kedua-dua Shuaibah Water & Electricity Co. Ltd. (SWEC) Perjanjian Pembelian Tenaga dan Air (PWPA) untuk Loji Janakuasa dan Air Bebas Shuaibah 3 (SIWPP) dan Perjanjian Pembelian Air (WPA) Projek Peluasan Syarikat Shuaibah (SEPCO) bagi Peluasan Loji Air Shuaibah 3 (SEIWP),” katanya di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE.











