LONDON – Ketika kebanyakan pemain Liga Perdana Inggeris (EPL) sibuk menjalani latihan bersama pasukan masing-masing, Virgil van Dijk pula mengambil masa untuk berehat.
Pertahanan Liverpool itu mengharungi musim lalu dengan menakjubkan apabila membantu The Reds menjuarai Liga Juara-Juara sebelum membantu skuad kebangsaan Belanda untuk muncul naib juara Liga Negara-Negara Eropah di belakang Portugal.
Van Dijk menghadiri kejohanan Wimbledon buat kali pertama selepas pemain berusia 28 tahun itu dilihat berada di Center Court.
Van Dijk menonton aksi Simona Halep menewaskan Elina Svitolina 6-1, 6-3 sekali gus mara ke final Wimbledon buat kali pertama.
Halep akan bertemu Serena Williams selepas pemain Amerika Syarikat (AS) itu menewaskan Barbora Strycova 6-1, 6-2 dalam satu lagi aksi separuh akhir.











