Ringgit teruskan momentum meningkat berbanding dolar AS - Utusan Malaysia

Ringgit teruskan momentum meningkat berbanding dolar AS

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 12 Julai – Ringgit meneruskan momentum meningkatnya untuk dibuka tinggi berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) hari ini, didorong oleh peralihan pelabur kepada mata wang sedang pesat membangun termasuk ringgit disebabkan keraguan yang berterusan mengenai prospek ekonomi global, kata peniaga.

Pada 9.15 pagi, unit tempatan berada pada 4.1090/1120 berbanding dolar AS daripada 4.1140/1170 semasa ditutup semalam.

Beliau berkata pelabur kekal tidak memasuki pasaran, menunggu isyarat yang lebih jelas daripada Rizab Persekutuan AS mengenai kemungkinan mengurangkan kadar faedah AS dan pengumuman mengenai data inflasi AS hari ini.

Memuatkan artikel berkaitan…

Unit tempatan turut diniagakan tinggi berbanding sekumpulan mata wang utama.

Ia meningkat berbanding pound kepada 5.1494/1548 daripada 5.1565/1619 pada Jumaat dan mengukuh berbanding dolar Singapura kepada 3.0251/0278 daripada 3.0339/0373.

Ringgit naik berbanding euro kepada 4.6267/6305 daripada 4.6348/6390 dan meningkat berbanding yen Jepun kepada 3.7895/7934 daripada 3.8029/8060 sebelum ini. -BERNAMA

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini