KIB rangkul tiga anugerah - Utusan Malaysia

KIB rangkul tiga anugerah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

CEMERLANG. Kenanga Investors Bhd. (KIB) meneruskan momentum cemerlangnya apabila merangkul tiga anugerah melalui dua dananya pada majlis Anugerah Unit Amanah Disyorkan 2019/2020 oleh FSMOne baru-baru ini.

Dana perdananya, Kenanga Growth Fund (KGF) telah dianugerahkan sebagai Dana Amanah Saham Terbaik Sepanjang 10 Tahun dan juara kategori Core Equity–Malaysia manakala dana Kenanga OnePRS Conservative Fund memenangi kategori Private Retirement Scheme–Conservative.

Pengarah Eksekutif merangkap Ketua Pegawai Eksekutif KIB, Ismitz Matthew De Alwis berkata, pihaknya berbesar hati terhadap kejayaan KGF menerima pengiktirafan yang bermakna itu terutamanya bagi anugerah Dana Amanah Saham Terbaik Sepanjang 10 Tahun.

Memuatkan artikel berkaitan…

Katanya, kejayaan tersebut bukan sahaja disumbang oleh prestasi kukuh dana berkenaan malah turut ditunjangi oleh kepakaran KIB dalam pemilihan stok yang berlandaskan kajian komprehensif.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini