Kantoi sorok dadah dalam tapak kasut - Utusan Malaysia

Kantoi sorok dadah dalam tapak kasut

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 12 Julai – Tindakan dua lelaki menyembunyikan dadah dalam tapak kasutnya terbongkar selepas mereka ditahan di Balai Pelepasan, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (KLIA2), Sepang pada Sabtu lalu.

Kedua-dua suspek berusia 27 dan 38 tahun itu ditahan ketika melalui pemeriksaan di Balai berkenaan.

Ketua Polis Daerah KLIA, Asisten Komisioner Zulkifli Adamsah berkata, anggota polis bertugas terserempak dengan kedua-dua suspek dalam keadaan mencurigakan di kawasan mesin pengimbas kastam sebelum mengarahkan mereka menjalani pemeriksaan lanjut.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Pemeriksaan itu membawa kepada penemuan 1.05 kilogram dadah disyaki syabu yang disorokkan dalam tapak kasut salah seorang suspek.

“Ketika ditahan, kedua-dua suspek sedang dalam perjalanan ke Busan, Korea Selatan,” katanya ketika dihubungi di sini.

Tambah Zulkifli, kedua-dua suspek warga tempatan itu direman sehingga hari ini untuk membantu siasatan kes berkenaan mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952. -BERNAMA

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini