Minyak bersubsidi dirampas, enam PATI ditahan - Utusan Malaysia

Minyak bersubsidi dirampas, enam PATI ditahan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA KINABALU – Pasukan Polis Marin (PPM) Kudat merampas 850 liter diesel dan 180 liter petrol serta menahan enam pendatang asing tanpa izin warga Filipina dalam Op Bersepadu di kawasan perairan Batu Kudat, semalam.

Komander PPM Wilayah 4 Sabah, Asisten Komisioner Mohamad Pajeri Ali berkata, kesemua rampasan serta penahanan enam lelaki itu dilakukan dalam tiga rampasan berasingan di perairan Batu Mandi, Sikuati dan Simpang Mengayau.

“Minyak berkenaan dipercayai cuba diseludup keluar ke Filipina dan kita turut merampas wang tunai sebanyak 657,500 Peso  (kira-kira RM52,735) dalam kesemua serbuan berkenaan,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Memuatkan artikel berkaitan…

Beliau berkata, kesemua tahanan dan barang rampasan kemudiannya dibawa ke pangkalan Markas Operasi PPM Kudat untuk siasatan lanjut di bawah Akta Imigresen 1959/63 serta Akta Kawalan Bekalan 1961. – Bernama

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini