[VIDEO] Kaki budak tiga tahun tersangkut tong gas - Utusan Malaysia

[VIDEO] Kaki budak tiga tahun tersangkut tong gas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEBERANG PERAI – Anggota bomba terpaksa mengambil masa kira-kira 15 minit untuk mengeluarkan dua belah kaki seorang kanak-kanak perempuan berusia tiga tahun yang tersangkut pada sebuah tong gas di Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Perai di sini pada Isnin lalu.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat negeri berkata, seorang lelaki yang merupakan bapa sudara mangsa telah membawa kanak-kanak itu ke balai bomba berkenaan selepas menyedari kakinya telah tersangkut pada bahagian atas tong gas kira-kira pukul 2.15 petang.

“Mereka dalam perjalanan menaiki sebuah kereta dari Balik Pulau menuju ke Bukit Mertajam sambil turut membawa tong gas berkenaan.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Tanpa disedari, kaki kanak-kanak itu telah tersangkut pada tong gas sebelum pengadu terus singgah di BBP Perai untuk mengeluarkannya,” katanya kepada pemberita di sini sebentar tadi.

Sementara itu, insiden berkenaan tular selepas video berdurasi 47 saat yang memaparkan usaha mengeluarkan kaki mangsa oleh beberapa anggota bomba dimuat naik di media sosial.

Kanak-kanak itu dilihat menangis ketika anggota terbabit cuba memotong bahagian atas tong gas itu menggunakan alat pemotong besi. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini