Kerani maut ketika pergi tempat kerja - Utusan Malaysia

Kerani maut ketika pergi tempat kerja

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM – Perjalanan seorang kerani ke tempat kerjanya bertukar tragedi apabila dia maut selepas motosikal berkuasa tinggi yang ditungganginya melanggar sebuah kereta di Persiaran Mokhtar Dahari di sini semalam.

Dalam kejadian kira-kira pukul 10 malam itu, mangsa, Mohd. Imran Ibrahim, 41, disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat kecederaan parah di beberapa bahagian badan.

Timbalan Ketua Polis Daerah Shah Alam, Superin­tendan Nek Zaidi Zakaria­ berkata, siasatan awal pihaknya mendapati, mangsa dalam perjalanan dari rumahnya di Bandar Puncak Alam menghala ke tempat kerjanya di Sepang.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Setibanya di lokasi kejadian, motosikal jenis Kawasaki dipercayai jenis Z800 telah melanggar sebuah kereta dari arah Shah Alam yang sedang membelok ke simpang di sebelah kanan jalan.

“Akibat perlanggaran tersebut, mangsa mengalami kecederaan parah pada beberapa bahagian badan dan disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Nek Zaidi berkata, mayat bapa kepada empat orang anak itu kemudiannya dibawa ke Hospital Shah Alam untuk dibedah siasat.

Beliau berkata, pihaknya turut menahan pemamdu kereta berusia 54 tahun untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini