Suspek tembak suami isteri OKU maut di Pattani - Utusan Malaysia

Suspek tembak suami isteri OKU maut di Pattani

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PATTANI 11 Julai – Seorang daripada suspek yang dipercayai terlibat dalam kes menembak sepasang suami isteri yang pekak dan bisu di Pattani, selatan Thailand ditemui maut semalam.

Jurucakap Tentera Bahagian Ke-4, Kolonel Pramote Prom-in berkata, suspek yang dikenali sebagai Ahamad Maat dari Kg Baloi, Yaring, Pattani itu ditemui maut di hutan di Kg Saban, kira-kira tiga kilometer dari tempat kejadian pada 4 petang waktu tempatan semalam.

“Suspek dipercayai maut ketika berbalas tembakan dengan pihak polis pada Selasa lalu dan dibawa rakannya ke hutan itu,” katanya pada satu sidang media di sini hari ini.

Memuatkan artikel berkaitan…

Beliau berkata suspek mempunyai dua waran tangkap di Mahkamah Pattani.

Sementara itu, Pramote berkata polis menemui dua buah motosikal dipercayai milik kumpulan suspek. Kedua-dua motosikal yang ditemui itu dilaporkan hilang di Pattani sebelum ini.

“Pihak polis masih memburu tiga lagi suspek yang terlibat dalam insiden menembak pasangan suami isteri pekak dan bisu itu. Suspek dipercayai masih bersembunyi di Kawasan berdekatan dengan tempat kejadian,” katanya.

Selasa lepas, sepasang suami isteri pekak dan bisu yang dalam perjalanan pulang ke rumah setelah mendapat rawatan di hospital, maut ditembak di Pattani, selatan Thailand.

Dalam kejadian kira-kira 1.30 petang waktu tempatan di Kampung Tolang Jalan Pattani-Narathiwat, pasangan suami isteri itu sedang menaiki motosikal pulang dari Hospital Pattani ke rumah mereka di Panare, Pattani.

Mangsa, Rachawud Keawsi, 36, terkena tembakan di bahagian dada, maut di tempat kejadian manakala isterinya, Supassorn Pajjimanon, 28, terkena tembakan di bahagian dada serta kepala, meninggal dunia di Hospital Yaring. – BERNAMA

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini