DENPASAR 11 Julai – Seorang rakyat Rusia yang ditahan selepas cuba menyeludup keluar seekor orang utan di dalam bagasi, dihukum penjara selama setahun hari ini.
Hakim juga mengarahkan tertuduh, Andrei Zhestkov, untuk membayar denda sebanyak AS$700 (RM2,886) atau hukuman penjaranya dilanjutkan selama dua bulan.
Zhestkov, 28, ditahan di Lapangan Terbang Antarabangsa Denpasar pada Mac lalu ketika melalui pemeriksaan keselamatan sebelum berlepas pulang ke Rusia.
Memuatkan artikel berkaitan…
Pegawai imigresen yang curiga dengan gerak geri Zhestkov bertindak menahannya dan membuka bagasi pakaiannya, lalu menemukan orang utan jantan berusia dua tahun.
Pihak berkuasa turut menjumpai dua ekor cicak dan lima biawak di dalam bagasi terbabit. – AFP











