Hoki:Pulapol dan Bukit Aman mara ke separuh akhir - Utusan Malaysia

Hoki:Pulapol dan Bukit Aman mara ke separuh akhir

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KANGAR – Seperti dijangka dua finalis tahun lalu, pasukan Pusat Latihan Polis Kuala Lumpur (Pulapol) dan Bukit Aman menepati ramalan melangkah ke separuh akhir Liga Hoki Piala Ketua Polis Negara-TNB 2019 hari ini.

Dalam saingan tersebut skuad hoki Pulapol berjaya menewaskan Kuala Lumpur dengan kemenangan tipis 3-2 sekali gus mengesahkan tempat selaku juara Kumpulan B manakala Bukit Aman tidak berdepan masalah menewaskan Briged Tengah 4-2 untuk ke saingan empat terakhir kejohanan.

Ketua jurulatih Pulapol, Zulkifli Omar berkata, barisan pemainnya berdepan beberapa masalah komunikasi sebelum berupaya mengesahkan kemenangan.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Saya akui pemain sedikit leka selepas mendahului dua gol.

“Tapi mereka berjaya memperoleh kembali rentak perlawanan apabila mendominasi suku ke empat,” katanya.

Dalam aksi tersebut, gol pertama Pulapol hadir pada minit ke-13 menerusi jaringan padang Dick Cheny sebelum pasukan itu menambah jaringan menerusi Muhammad Nor Ubaidillah pada minit ke-26.

Bagaimanapun Kuala Lumpur berupaya merapatkan jurang gol apabila dua jaringan pasukan itu menerusi Mohd Raid Mohd. Nasir dan Kevinder Singh gagal dihalang skuad Pulapol.

Dick Cheny sekali lagi menjadi pemusnah apabila menjaringkan gol kemenangan buat Pulapol pada minit terakhir perlawanan.- UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini