Pulapol, Bukit Aman ke separuh akhir Piala Hoki Ketua Polis Negara - Utusan Malaysia

Pulapol, Bukit Aman ke separuh akhir Piala Hoki Ketua Polis Negara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KANGAR – Finalis tahun lalu, skuad hoki Pusat Latihan Polis Kuala Lumpur (Pulapol) dan pasukan Bukit Aman menepati ramalan mara ke peringkat separuh akhir Piala Hoki Ketua Polis Negara – TNB 2019 hari ini.

Pulapol meraih kejayaan tersebut selepas mencatat kemenangan 3-2 ke atas Kuala Lumpur pada perlawanan kedua di Stadium Hoki Kangar petang tadi sekali gus mengesahkan kedudukan selaku juara Kumpulan B.

Ketua jurulatih Pulapol, Zulkifli Omar meluahkan rasa lega kerana berjaya anak-anak buahnya berjaya memperbaiki kesilapan untuk bangkit memenangi perlawanan itu.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Saya akui pemain-pemain sedikit lega selepas kami mendahului pihak lawan dengan dua gol tetapi mereka berjaya bangkit mendapatkan rentak dengan mendominasi suku terakhir perlawanan ini,” katanya.

Tiga gol Pulapol diperoleh menerusi dua jaringan Dick Cheny pada minit ke-13 dan 59 selain satu daripada Muhammad Nor Ubaidillah pada minit ke-26.

Kuala Lumpur pula terpaksa menerima hakikat kekalahan itu walaupun berjaya menghasilkan dua gol menerusi Mohd. Raid Mohd. Nasir dan Kevinder Singh.

Bagi pasukan Bukit Aman, mereka mara ke separuh akhir selepas menewaskan Briged Tengah 4-2. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini