Warga Thai maut kemalangan - Utusan Malaysia

Warga Thai maut kemalangan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

RANTAU PANJANG 11 Julai – Seorang lelaki warga Thailand maut apabila motosikal ditungganginya dirempuh kereta di Jalan Rantau Panjang – Pasir Mas berhampiran simpang masuk ke Kampung Gual Pasung Hantu petang tadi.

Mangsa Mohamanor Yusoh, 52, yang berasal dari Narathiwat maut selepas mengalami kecederaan parah dalam kejadian pukul 4.20 petang itu.

Ketika kejadian mangsa dikatakan sedang berhenti untuk memasuki simpang ke Kampung Pasong Hantu.

Memuatkan artikel berkaitan…

Difahamkan sebuah kereta jenis Proton Waja dari arah Rantau Panjang ke Pasir Mas telah terlanggar sebuah kereta jenis Perodua Myvi yang sedang berhenti untuk masuk ke simpang kampung berkenaan.

Pelanggaran itu menyebabkan Perodua Myvi telah merempuh bahagian belakang motosikal tersebut sehingga menyebabkan Mohamanor cedera parah dan meninggal dunia di lokasi kejadian.

Ketua Balai Bomba Rantau Panjang, Penolong Penguasa Bomba Imran Ismail berkata, kejadian tersebut berlakh berhampiran balai bomba itu.

“Sejurus dikejutkan dengan bunyi dentuman kuat itu sepasukan anggota telah bergegas ke lokasi kejadian namun mangsa telah meninggal dunia,” ujarnya.-UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini