DRB-Hicom pinda penghujung tahun kewangan - Utusan Malaysia

DRB-Hicom pinda penghujung tahun kewangan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 11 Julai – DRB-Hicom Bhd. meminda penghujung tahun kewangan kumpulan ke Disember daripada Mac ketika ini.

Menurut DRB-Hicom, keputusan telah dicapai pada mesyuarat Lembaga Pengarah syarikat yang bersidang pada 8 Julai lalu.

Katanya, oleh itu, tahun kewangan semasa akan berakhir pada 31 Disember 2019, iaitu tempoh sembilan bulan daripada permulaan tahun kewangan pada 1 April 2019 lalu.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Pindaan ini bertujuan menyelaraskan penghujung tahun kewangan kumpulan agar seiring dengan tahun fiskal negara serta selaras dengan majoriti syarikat yang tersenarai di Bursa Malaysia.

“Penghujung tahun kewangan baharu ini juga akan diseragamkan untuk semua anak-anak syarikat kumpulan DRB-Hicom,” katanya di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini