LALUAN pejalan kaki berhampiran Masjid Al-Bukhary yang terletak di Jalan Hang Tuah, di sini antara lokasi pilihan peniaga mencari rezeki sebelum dan selepas solat Jumaat.
Kedudukannya yang agak strategik berhampiran bangunan pejabat dan komersial, pusat beli-belah terkemuka, sekolah serta stesen transit aliran ringan itu menjadi antara faktor utama lokasi tersebut menjadi tumpuan ramai.
Rata-rata peniaga yang ditemui melahirkan rasa syukur kerana hanya dalam tempoh tiga hingga empat jam membuka gerai di situ mereka dapat menambah pendapatan harian untuk menyara keluarga.
Butiran lanjut mengenai kegigihan peniaga dan kemeriahan suasana di kawasan itu dikongsi Wartawan NUR IZZATI IZZAH NADZI bersama Jurugambar ZULFAIZ ZAKARIA dalam edisi cetak Utusan Utusan esok.-UTUSAN ONLINE











