Minuman keras, rokok seludup bernilai lebih RM50,000 dirampas - Utusan Malaysia

Minuman keras, rokok seludup bernilai lebih RM50,000 dirampas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MIRI 11 Julai – Polis Marin Sarawak berjaya menumpaskan cubaan menyeludup rokok serta minuman keras bernilai RM52,256 di tepi deretan kedai di Terminal Bas Tudan Miri, di sini malam tadi.

Pemangku Komander Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah 5 Sarawak, Superintenden Abd. Rahman Mat Hasan berkata, operasi dijalankan kira-kira pukul 7.30 malam tadi.

“Serbuan dilakukan hasil maklumat orang awam serta risikan polis telah menemukan longgokan rokok serta minuman keras diletakkan di lokasi berkenaan untuk dijual di kawasan Kuala Baram.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Setelah menunggu dua jam di kawasan berkenaan, tiada individu yang menuntut barangan tersebut,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Menurut Abd. Rahman, rokok dan minuman keras tersebut telah dibawa ke Balai Polis Pusat Miri untuk tindakan selanjutnya.

Tambahnya, orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan dengan penyeludupan di kawasan berhampiran boleh menghubungi Ibu Pejabat Polis Marin Sarawak di talian 082-334111. – BERNAMA

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini