UNHRC undi resolusi ‘perang dadah’ Filipina - Utusan Malaysia

UNHRC undi resolusi ‘perang dadah’ Filipina

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GENEVA 11 Julai – Majlis Hak Asasi Manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNHRC) akan mengundi hari ini bagi memutuskan resolusi berhubung penilaian antarabangsa ‘komprehensif’ berkaitan isu ‘perang dadah’ di Filipina.

Sekiranya resolusi itu diluluskan, Pesuruhjaya Tinggi PBB untuk Hak Asasi Manusia, Michelle Bachelet perlu menjalankan laporan bertulis komprehensif terhadap situasi hak asasi manusia di Filipina selama setahun.

Resolusi itu menerima kecaman daripada Presiden Filipina, Rodrigo Duterte.

Memuatkan artikel berkaitan…

Jurucakap Duterte, Salvador Panelo menyifatkan resolusi itu sebagai ‘usaha berniat jahat terbaharu terhadap Duterte’ dan pihaknya menjangkakan ia akan gagal. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini