Usia belia, Terengganu belum beri kata putus - Utusan Malaysia

Usia belia, Terengganu belum beri kata putus

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MARANG 11 Julai- Kerajaan negeri belum membuat sebarang keputusan sama ada bersetuju atau sebaliknya berhubung isu pindaan had usia belia daripada 40 kepada 30 tahun sebagaimana dibentangkan di Parlimen minggu lalu oleh Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan NGO negeri, Wan Sukairi Wan Abdullah berkata, memandangkan tempoh masa pelaksanaannya masih lagi panjang, pihaknya bercadang mengkaji dan meneliti terlebih dahulu perkara tersebut secara lebih terperinci.

“Sepertimana kita ketahui, dalam sidang parlimen yang membahaskan isu pindaan had usia belia ini menyatakan pelaksanaannya hanya pada tahun 2021, jadi ertinya kita masih ada masa yang agak panjang.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Oleh itu, saya rasa kita tidak perlu terburu-buru untuk membuat keputusan sebab kita tidak mahu jadi seperti sesetengah negeri yang berubah-ubah pendirian, mulanya kata setuju. Jadi, sebelum beri kata putus, biarlah kita lihat dulu implikasinya sama ada baik atau buruk pindaan itu dibuat,” katanya.

Wan Sukairi berkata demikian ketika ditemui selepas merasmikan Majlis Tamat Latihan Golongan Pekerja dan Future Workers (GPFW) Safety & Health Officer (SHO) para pelatih Pusat Pembangunan Kemahiran Negeri Terengganu (Tesdec) di kolej kemahiran tersebut di kawasan Perindustrian Bukit Kor dekat sini petang ini.

Dalam majlis tersebut seramai 75 orang pelatih terdiri daripada golongan siswazah yang memiliki ijazah dan diploma menerima sijil masing-masing di mana persijilan SHO adalah diiktiraf oleh NIOSH.

Yang turut hadir ialah Ketua Pegawai Eksekutif Tesdec, Md. Kamaru Al-Amin Ismail.

Menurut Wan Sukairi, sebelum membuat keputusan berhubung isu pindaan had usia remaja, pihaknya akan berbincang terlebih dahulu dengan semua pihak yang terlibat mengenai belia termasuk wakil-wakil persatuan dan Majlis Belia Negeri Terengganu bagi mendapatkan pandangan. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini