Shopee jangka e-dagang meningkat pada sepatuh kedua 2019 - Utusan Malaysia

Shopee jangka e-dagang meningkat pada sepatuh kedua 2019

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Shopee, platform e-dagang terkemuka mengunjurkan separuh kedua tahun ini akan menjadi musim rancak bagi industri itu dengan pertumbuhan kukuh  dijangka semasa jualan pada 9.9, 10.10, 11.11 dan 12.12.

Berdasarkan data empirikal, separuh pertama tahun (H1) biasanya lengang dalam dunia e-dagang dengan aktiviti beli-belah meningkat ke arah penghujung tahun, katanya dalam kenyataan hari ini.

“Bagaimanapun, Shopee mencatatkan prestasi kukuh dalam semua barisan hadapan perniagaan kami pada H1 2019, yang disokong oleh peningkatan aktiviti belian terutamanya pada Tahun Baharu Cina dan Hari Raya.

Memuatkan artikel berkaitan…

Kami mencatatkan peningkatan lebih tiga kali ganda daripada tempoh perayaan yang sama pada 2018,” katanya.

Shopee berkata, selain kempen jualan yang disusun bagi baki tahun ini, ia juga akan meneruskan usaha yang selaras dengan inisistiaf kerajaan untuk memacu pertumbuhan e-dagang sebagai sebahagian Pelan Induk Strategik E-Dagang Kebangsaan.

“Satu daripada misi kami adalah untuk menambah baik kehidupan pengguna dan perniagaan kecil dengan teknologi.

“Kami percaya dengan kuasa teknologi transformatif  dan mahu menyelesaikan masalah sosial dan gaya hidup bagi peruncit, usahawan dan pengguna dengan merapatkan jurang antara semua pihak berkepentingan dan mewujudkan lebih keselesaan yang akan mengubah cara peruncit berniaga dan cara hidup orang ramai,” katanya. – Bernama

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini