KUALA LUMPUR – Orang ramai terutama warga Ampang Jaya dipelawa menyertai program Hari Tanpa Kenderaan anjuran Majlis Perbandaran Ampang Jaya ( MPAJ) di Padang Perbandaran pihak berkuasa tempatan itu pada Ahad ini.
–
MPAJ dalam kenyataan memberitahu, acara yang bermula dari pukul 6 pagi hingga 10 pagi itu mengetengahkan pelbagai aktiviti menarik untuk seisi keluarga.
Memuatkan artikel berkaitan…
“Antaranya pameran mini zoo, persembahan badut serta pertandingan beyblade.
“Untuk pertanyaan lanjut, orang ramai boleh menghubungi Asyraf 017 8204448,” katanya dalam satu kenyataan di sini. – UTUSAN ONLINE











