Pemegang saham utama PLUS tolak pengambilalihan Maju Holdings - Utusan Malaysia

Pemegang saham utama PLUS tolak pengambilalihan Maju Holdings

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 11 Julai – Menteri Kewangan, Lim Guan Eng memaklumkan dua pemegang saham utama PLUS Malaysia Bhd. (PLUS) menolak cadangan pengambilalihan oleh Maju Holdings Sdn. Bhd. (Maju Holdings).

Sehubungan itu, kata Guan Eng, pandangan awal Kementerian Kewangan setakat ini adalah senada dengan kedua-dua pemegang saham tersebut.

“Tetapi tentu kita akan berpandukan apa yang diluluskan Perdana Menteri,” katanya kepada pemberita di Lobi Parlimen di sini hari ini.

Memuatkan artikel berkaitan…

Maju Holdings dilaporkan sudah beberapa kali membuat tawaran untuk mengambil alih PLUS namun tidak berjaya.

Terbaharu, syarikat itu menawarkan pengambilalihan dengan cadangan pengurangan kadar tol dari 25 hingga 36 peratus bergantung kepada tempoh lanjutan konsesi tol berkenaan. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini