Saya terlalu sibuk untuk jadi presiden - Rapinoe - Utusan Malaysia

Saya terlalu sibuk untuk jadi presiden – Rapinoe

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

NEW YORK – Megan Rapinoe menyatakan dia tidak berminat untuk bertanding jawatan Presiden Amerika Syarikat (AS) kerana terlalu sibuk dengan urusan lain.

Semasa perarakan meraikan kejayaan pasukan bola sepak AS merangkul Piala Dunia, pemain berusia 34 tahun itu terus mencetuskan ketengan dengan presiden Donald Trump dengan menyatakan mereka tidak berminat untuk ke Rumah Putih selepas meraih kejuaraan itu.

Rapinoe secara sinis menolak perancangan masa hadapan yang mencadangkan dia bertanding jawatan presiden negara itu.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Saya berbangga menjadi kapten pasukan ini bersama Carli (Lloyd) dan Alex (Morgan).

“Adalah satu penghormatan untuk mengetuai pasukan ini di atas padang.

“Tiada tempat lain yang lebih menggembirakan saya. Walaupun perebutan jawatan presiden. Saya sangat sibuk. Saya mohon maaf,” katanya.

Trump sebelum ini membidas kenyataan Twitter Rapinoe dengan menyatakan, mereka perlu menjadi juara dahulu sebelum membuat sebarang kenyataan.-AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini