Hasil jualan Equanimity RM527.4 juta untuk lunas hutang 1MDB - Utusan Malaysia

Hasil jualan Equanimity RM527.4 juta untuk lunas hutang 1MDB

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 11 Julai – Hasil jualan kapal persiaran mewah, Equanimity bernilai AS$126 juta (RM527.4 juta) akan digunakan untuk melunaskan hutang 1Malaysia Development Bhd.

Menteri Kewangan, Lim Guan Eng berkata, hasil penjualan tersebut telah diterima sepenuhnya kerajaan pada 23 April lalu dan kini disimpan di dalam sebuah syarikat guaman tempatan terkemuka bagi tempoh tiga bulan.

Katanya, kapal itu disimpan bagi tujuan penyesuaian dengan tuntutan perbelanjaan penyelenggaraan kapal yang akan ditentukan melalui perintah mahkamah.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Baki hasil jualan setelah ditolak jumlah perbelanjaan terlibat dijangka akan dimasukkan ke dalam akaun pemulihan (recovery account) 1MDB dalam Kementerian Kewangan pada Ogos ini,” katanya pada sesi pertanyaan-pertanyaan lisan dalam sidang Dewan Rakyat hari ini.

Beliau menjawab soalan asal Datuk Ahmad Jazlan Yaakub (BN-Machang) yang bertanyakan mengenai nilai bersih hasil penjualan kapal Equanimity dan penyaluran wang tersebut.

Kapal Equanimity telah dijual kepada Genting Malaysia Bhd. dengan harga AS$126 juta (kira-kira RM527.4 juta). – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini