524,100 penduduk berhijrah pada 2018 - Utusan Malaysia

524,100 penduduk berhijrah pada 2018

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA – Seramai 524,100 penduduk berhijrah pada 2018, demikian menurut Laporan Survei Migrasi Malaysia 2018.

Ketua Perangkawan, Datuk Seri Dr. Mohd. Uzir Mahidin yang mengulas laporan itu berkata, sebab utama migrasi pada 2018 adalah mengikut keluarga iaitu 44.2 peratus, kerjaya (24.3 peratus) dan berpindah rumah atau mencari persekitaran baharu (22.4 peratus).

Menurutnya, bilangan penduduk yang berhijrah pada 2018 menurun 112,900 orang berbanding 637,000 orang pada 2016.

Memuatkan artikel berkaitan…

Survei migrasi Malaysia itu dijalankan dua tahun sekali bagi membekalkan statistik utama migrasi mengikut ciri-ciri demografi dan sosioekonomi.

Mohd. Uzir dalam satu kenyataan hari ini berkata hampir dua pertiga atau 60.8 peratus daripada jumlah penduduk yang berhijrah itu adalah mereka yang berhijrah dalam negeri. – Bernama
 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini