Lim Kit Siang kalah banyak kali, jadi penasihat juga - Utusan Malaysia

Lim Kit Siang kalah banyak kali, jadi penasihat juga

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 11 Julai – Setiausaha Agung UMNO, Tan Sri Annuar Musa membalas kritikan Ketua UMNO Bahagian Padang Rengas, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz tentang pelantikan Datuk Seri Najib Tun Razak dengan merujuk jawatan Penasihat DAP sebagai contoh.

Kata Annuar, Lim Kit Siang sudah beberapa kali gagal membawa kemenangan kepada DAP dalam pilihan raya umum (PRU) namun tetap dilantik sebagai penasihat parti itu.

“Kita kena ingat, Lim Kit Siang jadi penasihat, berapa kali dia kalah? Berapa kali DAP kalah dalam 13 kali pilihan raya, Lim Kit Siang yang memimpin DAP berapa kali dia kalah?

Memuatkan artikel berkaitan…

“Tiada isu. Kalau sekali kalah takkan terus hilang kelayakan jadi penasihat. Jangan dinafikan beliau punya pengalaman, punya kebolehan. Kalau tidak masakan rakyat sekarang ini memberikan sambutan,” katanya kepada pemberita di Lobi Parlimen di sini hari ini.

Beliau mengulas kenyataan Mohamed Nazri yang menganggap pelantikan Najib sebagai Pengerusi Lembaga Penasihat Barisan Nasional (BN) sebagai langkah ke belakang.

Mohamed Nazri malah mempersoalkan nasihat yang boleh diberi oleh Najib memandangkan BN tewas dalam PRU-14 ketika dalam pimpinan bekas Perdana Menteri itu. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini