Dua ditahan kantoi simpan dadah dalam straw - Utusan Malaysia

Dua ditahan kantoi simpan dadah dalam straw

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 11 Julai- Dua lelaki warga asing diberkas bersama dadah bernilai RM7,000 dalam satu serbuan di hadapan pondok kosong di Kilometer 93, Jalan Bintulu-Tuba, Bintulu, Sarawak, semalam.

Portal Utusan Borneo melaporkan, bertindak atas maklumat dan risikan, serbuan kira-kira pukul 1.30 petang itu dijalankan oleh pasukan dari Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Bintulu yang diketuai oleh Sub Inspektor Mahdi Ramli.

Ketua Polis Daerah Bintulu Superintenden Zulkipli Suhaili berkata, ketika serbuan, polis menemukan dadah disyaki jenis syabu seberat 49.8 gram pada dua suspek yang masing-masing berusia 29 dan 34 tahun.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Hasil pemeriksaan, sebanyak 69 keratan tiub straw (penyedut minuman) yang disyaki mengandungi dadah jenis syabu dengan berat seberat 40.3 gram daripada suspek pertama dan 19 keratan tiub straw berisi ketulan kristan dengan berat kasar 9.5 gram, juga disyaki syabu dari suspek kedua.

“Hasil ujian saringan awal air kencing mendapati kedua-dua suspek negatif dadah serta tiada rekod kesalahan lampau,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Zulkipli, kes itu disiasat mengikut Seksyen 39A(2) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 dan Seksyen 39A(1) ADB 1952.- UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini