10 terbunuh kereta api bertembung di Pakistan - Utusan Malaysia

10 terbunuh kereta api bertembung di Pakistan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ISLAMABAD 11 Julai – Sekurang-kurangnya 10 orang terbunuh dan lebih 60 cedera apabila dua buah kereta api bertembung di tengah Pakistan awal pagi ini.

Menurut pihak berkuasa, insiden itu berlaku di daerah Rahim yar Khan di wilayah Punjab apabila sebuah kereta api penumpang dari Lahore melanggar kereta api kargo yang berhenti di laluan lintasan.

Setakat ini, sembilan mayat ditemukan dan kesemua mangsa yang cedera sudah dibawa ke hospital. – AFP

Memuatkan artikel berkaitan…
Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini