Kerajaan akan tawar tender terbuka projek LSS - Utusan Malaysia

Kerajaan akan tawar tender terbuka projek LSS

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 11 Julai – Kerajaan akan membuka lebih banyak tawaran untuk projek tenaga solar berskala besar (LSS) menjelang akhir tahun depan.

Menteri Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim Yeo Bee Yin bagaimanapun beliau tidak mendedahkan secara spesifik mengenai tender tersebut.

“Akan ada beberapa perubahan pada kaedah bagaimana tender itu akan dikeluarkan, tetapi pastinya ia akan menjadi lebih inovatif dan diharapkan dapat memacu kos lebih rendah,” katanya pada forum ‘Evolution of ESG Investing’ anjuran Maybank dan Bursa Malaysia di sini hari ini. -UTUSAN ONLINE

Memuatkan artikel berkaitan…
Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini