Polis marin rampas rokok seludup RM10,735 - Utusan Malaysia

Polis marin rampas rokok seludup RM10,735

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU – Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah 2 berjaya merampas 178 karton rokok yang dianggarkan bernilai RM10,735 dalam sebuah premis di Arked Mara Gelang Patah dekat Iskandar Puteri petang semalam.

Komander PPM Wilayah 2 Johor, Asisten Komisioner, Paul Khiu khon Chiang berkata, serbuan pada pukul 11.30 itu turut menahan seorang lelaki warga Indonesia yang dipercayai penjaga premis.

“Ketika serbuan dijalankan oleh seorang pegawai dan tiga anggota dari PPM Wilayah 2, lelaki terbabit didapati gagal mengemukakan sebarang dokumen berkaitan cukai atau duti ke atas rokok terbabit.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Kesemua barang rampasan dibawa ke Markas PPM Wilayah 2 untuk tindakan selanjutnya,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Kes disiasat mengikut Akta Kastam 1967. – K! ONLINE.
 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini