PAKP, Peka harap negara semakin maju di bawah pemerintahan Mahathir - Utusan Malaysia

PAKP, Peka harap negara semakin maju di bawah pemerintahan Mahathir

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUANTAN 11 Julai – Pertubuhan Anak Kelahiran Pahang (PAKP) dan Pertubuhan Kebajikan Kemanusiaan Antarabangsa (Peka) berharap negara akan terus maju di bawah pemerintahan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Presiden PAKP, Datuk Syed Mohammad Faiz Azemmant berkata, pertububan bukan kerajaan (NGO) itu mendoakan Dr. Mahathir yang menyambut ulang tahun kelahirannya ke-94 tahun semalam diberikan kesihatan yang baik untuk mentadbir negara tercinta ini.

Memuatkan artikel berkaitan…

“PAKP berharap Tun Mahathir akan terus dapat memimpin negara ini dengan baik seterusnya menjadi sebuah negara maju,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Sementara itu, Presiden Peka, Datuk Paduka Zuhairi Ab. Kadir turut mendoakan Dr. Mahathir supaya terus diberikan kesihatan yang baik untuk menerajui kepimpinan negara ini.

“Selamat ulang tahun kelahiran Tun yang ke-94 tahun,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini