Enam pelancong maut akibat ribut di Greece - Utusan Malaysia

Enam pelancong maut akibat ribut di Greece

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

THESSALONIKI, Greece 11 Julai – Beberapa kejadian puting beliung dan ribut taufan yang berlaku menyebabkan sekurang-kurangnya enam pelancong di utara Greece terkorban semalam.

Menurut polis, 30 lagi cedera apabila ribut kuat berserta angin kencang melanda wilayah Halkidiki berhampiran bandar Thessaloniki.

Siaran televisyen menunjukkan banyak kenderaan terbalik, pokok tumbang, bumbung rumah diterbangkan dan insiden tanah runtuh.

Memuatkan artikel berkaitan…

Menurut saksi, ribut berkenaan berlaku selama 20 minit sebelum reda. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini