SKAW junjung kasih kepada Yang di-Pertuan Agong - Utusan Malaysia

SKAW junjung kasih kepada Yang di-Pertuan Agong

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA – Ahli-ahli Sidang Komander Askar Wataniah (SKAW) Menjunjung Kasih kepada Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustaffa Billah Shah, nantan Komander Rejimen 505 Askar Wataniah, yang telah menamatkan perkhidmatan baginda di dalam Angkatan Sukarela Persekutuan.

Semoga segala pengorbanan dan jasa yang telah baginda curahkan bagi pembangunan dan kemajuan Askar Wataniah akan diingati serta dikenang oleh semua warga Askar Wataniah dan Tentera Darat.

Demikian menurut Timbalan Panglima Tentera Darat (TPTD) Leftenan Jeneral Datuk Hasagaya Abdullah dalam ucapan alu-aluan beliau selaku Pengerusi SKAW Siri 31/2019 yang diadakan di Hotel Casa Del Rio Melaka baru-baru ini.

Memuatkan artikel berkaitan…

Berangkat sama ke persidangan tahunan tersebut ialah Raja Muda Perlis, Brigedier Jeneral Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail (Komander Rejimen 504 AW), Brigedier Jeneral Datuk Seri Diraja Tan Sri Tunku Puteri Intan Safinaz ibni Almarhum Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah (Komander Rejimen 513 AW) dan Brigedier Jeneral Datuk Seri Tengku Sri Temenggong Raja Tengku Baharuddin Ibni Almarhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah (Komander Rejimen 512 AW).

Turut hadir, Asisten Panglima Pasukan Simpanan, Mejar Jeneral Datuk Pahlawan Hj Mohd Anuar Rijaludin.

alsultan-2
 

Tambah Hasagaya, Tentera Darat komited dalam membangunkan Askar Wataniah selari dengan pembangunan Tentera Darat.

Usaha berterusan sedang dijalankan dari aspek penstrukturan semula, penambahbaikan organisasi, pembangunan manual serta doktrin dan usaha meningkatkan kesiapsiagaan tempur dari aspek kelengkapan dan peralatan.

Ini sejajar dengan kemampuan dan peruntukan belanjawan negara. Demi kecemerlangan pembangunan Askar Wataniah, pelan memperkasakan Askar Wataniah telah diperkemaskan di dalam ”Defence White Paper” (Kertas Putih Pertahanan) bagi memastikan angkatan simpanan setanding Angkatan Tetap dalam menghadapi ancaman semasa.

“Kita boleh menyaksikan bahawa langkah memperkasakan Askar Wataniah sedang berjalan. Dari aspek keterampilan anggota Askar Wataniah turut serta di dalam perbarisan, aturgerak serta pelbagai penugasan di peringkat nasional dan negeri.

“Malah Anggota Wataniah dan Rejimen Pakar juga dilibatkan dalam Operasi Bantuan Kemanusiaan seperti Op Murni dan Krisis Air Negeri. Di Peringkat Angkatan Tentera Malaysia (ATM) pula dari segi kekuatan di mana sebahagian mereka yang layak telah dikerah dan diserap ke Angkatan Tetap,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini